Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Melupakan Allah? Maka Kamu Akan Dilupakan Oleh Allah Di Akhirat

Melupakan Allah? Maka Kamu Akan Dilupakan Oleh Allah Di Akhirat Jika didunia ini kamu membelakangkan atau tidak mahu beriman dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al Quran, maka di akhirat kelak Allah akan melupakan kamu.(Na'uzubillah) Firman Allah SWT : قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَىٰ. [Surat Ta-Ha 126] Terjemahan : "Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

Tazkirah Ringkas

KEMBALILAH KEPADA ALLAH DENGAN TAUBAT DAN BERSERAH DIRI SEPENUHNYA Firman Allah SWT : وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ [Surat Az-Zumar 54] ‎Terjemahan : "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." NASIHATILAH DIRI DAN ORANG LAIN DENGAN APA YANG MAMPU MEMBERI KESAN KEPADA HATI Firman Allah SWT : وَعِظْهُمْ وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا [Surat An-Nisa' 63] ‎Terjemahan : "dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka." PERLIHARALAH DIRI DAN AHLI KELUARGA DARIPADA AZAB API NERAKA ALLAH Firman Allah SWT : وَاتَّقُوا يَوْمًا لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ [Surat Al-Baqara