PELAJARAN DARI KISAH ANJING HACHIKO Kisah hidup Hachiko, seekor anjing berwarna coklat keemasan, yaitu baka anjing dari Jepun utara. Hachiko bukan sembarang anjing peliharaan. Sepanjang hidupnya, ia memberikan kesetiaan penuh kepada tuannya, Profesor Ueno (1872-1925). Profesor Ueno pertama kali mengambil Hachiko yang baru berumur satu tahun pada 1924. Profesor Ueno merupakan pensyarah di Fakulti Pertanian Universiti Tokyo. Setiap hari, sang profesor pergi ke kampus menggunakan keretapi. Dan, setiap hari pula, Hachiko selalu menemani, menunggu dan menjemput tuannya di sekitar Stesyen Shibuya. Sampai pada suatu hari tahun 1925, Hachiko tidak menemukan tuannya keluar dari stesyen. Akan tetapi, Hachiko tetap menunggu di tempat biasanya. Ternyata sang profesor telah meninggal dunia di tempat kerjanya setelah mengalami pendarahan. Kerana tidak pernah menemukan tuannya, Hachiko pun setia menunggu untuk menjemput tuannya itu di depan Stesyen Shibuya. Ia datang ke stesyen itu setiap hari selama...