Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH DARIPADA KEMUNGKARAN

MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH DARIPADA KEMUNGKARAN Seorang yang akan menjalankan amar makruf dan nahi mungkar harus melengkapi lima syarat iaitu : (1) Berilmu, sebab orang yang bodoh tidak mengerti makruf dan mungkar. (2) Ikhlas kerana Allah SWT dan kerana menegakkan Agama Allah SWT. (3) Kasih sayang kepada yang dinasihati dengan lunak dan ramah mesra dan tidak menggunakan kekerasan sebab Allah SWT telah berpesan kepada Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS supaya berlaku lunak kepada Firaun. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata kata yang lemah lembut, semoga ia beringat atau takut" [20:44] (4) Sabar dan tenang dalam menyampaikan nasihat. (5) Mesti mengerjakan apa apa yang diperintahkan supaya tidak dicemuh oleh orang lain di atas perbuatannya sendiri sehingga tidak termasuk pada Firman Allah SWT yang bermaksud : "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; p

PELAJARAN DARI KISAH ANJING HACHIKO

PELAJARAN DARI KISAH ANJING HACHIKO Kisah hidup Hachiko, seekor anjing berwarna coklat keemasan, yaitu baka anjing dari Jepun utara. Hachiko bukan sembarang anjing peliharaan. Sepanjang hidupnya, ia memberikan kesetiaan penuh kepada tuannya, Profesor Ueno (1872-1925). Profesor Ueno pertama kali mengambil Hachiko yang baru berumur satu tahun pada 1924. Profesor Ueno merupakan pensyarah di Fakulti Pertanian Universiti Tokyo. Setiap hari, sang profesor pergi ke kampus menggunakan keretapi. Dan, setiap hari pula, Hachiko selalu menemani, menunggu dan menjemput tuannya di sekitar Stesyen Shibuya. Sampai pada suatu hari tahun 1925, Hachiko tidak menemukan tuannya keluar dari stesyen. Akan tetapi, Hachiko tetap menunggu di tempat biasanya. Ternyata sang profesor telah meninggal dunia di tempat kerjanya setelah mengalami pendarahan. Kerana tidak pernah menemukan tuannya, Hachiko pun setia menunggu untuk menjemput tuannya itu di depan Stesyen Shibuya. Ia datang ke stesyen itu setiap hari selama

Jika bersyukur, Allah akan tambah rezki kita.

Sesiapa yang diberikan kepadanya rezeki (harta khususnya) tanpa dia meminta-minta dan tidak pula (apabila dapatnya) merasa bangga, sombang dan merasa mulia kerananya, maka akan DIPERLUASKAN lagi rezekinya dan jika dia kaya, hingga dia mampu menyalurkannya kepada orang yang lebih memerlukannya. ( Erti dari hadis Nabi saw yang sohih menurut Al-Haithami) من عُرِضَ له من هذا الرزقِ شيءٌ من غيرِ مسألةٍ وإشرافِ نفسٍ فليتوسَّعْ به في رزقِه ، فإن كان غنيًّا فليُوجِّهْهُ إلى من هو أحوجُ إليه منهُ

Keutamaan Berlaku Baik Kepada Anak Perempuan

Keutamaan Berlaku Baik Kepada Anak Perempuan Telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib dari Az Zuhri; Telah menceritakan kepadaku 'Abdullah bin Abu Bakr bahawa 'Urwah bin Az Zubair; Telah mengkhabarkan kepadanya bahawa 'Aisyah isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata; "Saya pernah dikunjungi oleh seorang wanita yang mempunyai dua orang anak perempuan. Kemudian wanita tersebut meminta makanan kepada saya. Sayangnya, pada saat itu, saya sedang tidak mempunyai makanan kecuali sebiji kurma yang langsung saya berikan kepadanya. Kemudian wanita itu menerimanya dengan senang hati dan membagikannya kepada dua orang anak perempuannya tanpa sedikit pun ia makan. Setelah itu, wanita tersebut bersama dua orang anak perempuannya pergi. Tak lama kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masuk ke dalam rumah. Lalu saya menceritakan kepada beliau tentang wanita dan kedua anak perempuannya itu. Mendengar cerita saya ini, Rasulullah shallallahu '

Allah Mengasihi Orang Yang Bertaubat Dan Menyeksa Orang Yang Kufur Ingkar Kepadanya

Tazkirah Ringkas ALLAH MENGASIHI ORANG YANG BERTAUBAT DAN MENYEKSA ORANG YANG KUFUR INGKAR KEPADANYA. Firman Allah SWT : عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يَرْحَمَكُمْ ۚ وَإِنْ عُدْتُمْ عُدْنَا ۘ وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيرًا [Surat Al-Isra' 8] ‎Terjemahan : "Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat). "