Langkau ke kandungan utama

Nasihat Baca Alquran

💦```Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan.```

💦```Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.```

💦```Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.```

💦```Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.```

💦```Sebelum menutup mata, usahakan hafal dan amal surah al-Mulk, al-Kahfi, dan al-Baqarah.```

💦```Ada hadis nabi saw yang menyebut tentang keutamaan surah-surah ini.```

💦```Dengan surah al-Mulk, kita selamat dari azab kubur. Hanya ada 30 ayat. Jika kita hafal sehari satu ayat, sebulan habis satu surah al-Mulk.```

💦```Surah al-Kahfi menyelamatkan kita dari fitnah dajal. Dan memberi cahaya dari hujung kaki sehingga ke langit di Padang Mahsyar kelak. Hanya ada 110 ayat. Lebih kurang 4 bulan, selesai hafal.```

💦```Surah al-Baqarah penyelamat kita ketika huru hara di Padang Mahsyar. Syaitan juga tidak memasuki rumah yang dibacakan al-Baqarah di dalamnya. Ada 286 ayat. Dalam setahun, boleh selesai hafal.```

💦```Jika kita belum boleh baca al-Quran, doa minta dengan Allah jangan matikan kita lagi malam ni.```

💦```Cari guru, dan belajarlah al-Quran.```

💦```Yang boleh baca al-Quran, bacalah selalu. Banyak manfaatnya lepas kita mati.```

💦```Mati hanya sekali. Lepas mati, ada orang minta mati lagi sebab tak sanggup dengan azab kubur dan pelbagai azab lagi di Padang Mahsyar dan di neraka.```

💦```Namun tiada mati lagi selepas itu. Yang ada cuma penyesalan kerana tidak bersungguh beramal soleh ketika masih ada peluang melakukannya.```

☘Ustaz Dusuki Abdul Rani.🍋

```amin ya rob```💦

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Allahumma inni asaluka al-'afiyah - Doa pendek yang bermanfaat.

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً Allahumma inni asaluka al-'afiyah Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: "Ya Rasulullah, ajarkanlah doa," katanya. Nabi (ﷺ) berkata: "Wahai bapa saudara saya, bacalah : ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة Allahumma inni asaluka al-'afiyah  (Ya Allah, aku meminta kepada kamu 'afiyah). 'Afiyah bermaksud : Untuk menyelamatkan aku daripada sebarang kesusahan yang menimpa. Untuk menjadi sihat,kita berada dalam 'afiyah. Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah. Untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah. Untuk mempunyai anak-anak kita di lindungi,Kita berada dalam 'afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah. Jadi, pada asasnya 'Afiyah bermaksud:  " Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan. " Ini termasuk didunia...

Nasihat Imam Ibnul Qayyim dalam bukunya Madaarijus Saalikin

Alangkah indah nasihat Imam Ibnul Qayyim dalam bukunya _Madaarijus Saalikin_ , “Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan shalat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur. Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berpuasa dangan pandangan remeh. Jika Allah memudahkan bagimu pintu untuk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan hina. Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela. Karena itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggung jawabkan. Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang lain yang belum paham agama dengan pandangan nista. Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri karenanya. Sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu. Beliau melanjutkan, “Dan boleh jadi orang yang tidak meng...