Langkau ke kandungan utama

Catatan

Nasihat Baca Alquran

💦```Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan.``` 💦```Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.``` 💦```Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.``` 💦```Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.``` 💦```Sebelum menutup mata, usahakan hafal dan amal surah al-Mulk, al-Kahfi, dan al-Baqarah.``` 💦```Ada hadis nabi saw yang menyebut tentang keutamaan surah-surah ini.``` 💦```Dengan surah al-Mulk, kita selamat dari azab kubur. Hanya ada 30 ayat. Jika kita hafal sehari satu ayat, sebulan habis satu surah al-Mulk.``` 💦```Surah al-Kahfi menyelamatkan kita dari fitnah dajal. Dan memberi cahaya dari hujung kaki sehingga ke langit di Padang Mahsyar kelak. Hanya ada 110 ayat. Lebih kurang 4 bulan, selesai hafal.``` 💦```Surah al-Baqarah penyelamat kita ketika huru hara di Padang Mahsyar. Syaitan juga tidak memasuki rumah yang dibacakan al-Baqarah di da
Catatan terbaharu

Nasihat Imam Ibnul Qayyim dalam bukunya Madaarijus Saalikin

Alangkah indah nasihat Imam Ibnul Qayyim dalam bukunya _Madaarijus Saalikin_ , “Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan shalat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur. Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berpuasa dangan pandangan remeh. Jika Allah memudahkan bagimu pintu untuk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan hina. Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela. Karena itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggung jawabkan. Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang lain yang belum paham agama dengan pandangan nista. Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri karenanya. Sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu. Beliau melanjutkan, “Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiy

Allahumma inni asaluka al-'afiyah - Doa pendek yang bermanfaat.

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً Allahumma inni asaluka al-'afiyah Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: "Ya Rasulullah, ajarkanlah doa," katanya. Nabi (ﷺ) berkata: "Wahai bapa saudara saya, bacalah : ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة Allahumma inni asaluka al-'afiyah  (Ya Allah, aku meminta kepada kamu 'afiyah). 'Afiyah bermaksud : Untuk menyelamatkan aku daripada sebarang kesusahan yang menimpa. Untuk menjadi sihat,kita berada dalam 'afiyah. Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah. Untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah. Untuk mempunyai anak-anak kita di lindungi,Kita berada dalam 'afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah. Jadi, pada asasnya 'Afiyah bermaksud:  " Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan. " Ini termasuk didunia

Melupakan Allah? Maka Kamu Akan Dilupakan Oleh Allah Di Akhirat

Melupakan Allah? Maka Kamu Akan Dilupakan Oleh Allah Di Akhirat Jika didunia ini kamu membelakangkan atau tidak mahu beriman dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al Quran, maka di akhirat kelak Allah akan melupakan kamu.(Na'uzubillah) Firman Allah SWT : قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَىٰ. [Surat Ta-Ha 126] Terjemahan : "Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

Tazkirah Ringkas

KEMBALILAH KEPADA ALLAH DENGAN TAUBAT DAN BERSERAH DIRI SEPENUHNYA Firman Allah SWT : وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ [Surat Az-Zumar 54] ‎Terjemahan : "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." NASIHATILAH DIRI DAN ORANG LAIN DENGAN APA YANG MAMPU MEMBERI KESAN KEPADA HATI Firman Allah SWT : وَعِظْهُمْ وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا [Surat An-Nisa' 63] ‎Terjemahan : "dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka." PERLIHARALAH DIRI DAN AHLI KELUARGA DARIPADA AZAB API NERAKA ALLAH Firman Allah SWT : وَاتَّقُوا يَوْمًا لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ [Surat Al-Baqara

Doa Nabi kepada Anas Bin Malik

DrZaharuddin Group: Doa untuk diamalkan اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي Doa Nabi Saw utk Anas bin malik ra spt rwyt al Bukhari Mksdnya : Ya Allah ! Per bnykkn lah hartaku & keturunanku, berkatilah aku pd apa yg Kau berikan, panjangkan umurku dlm ketaatan pdMu, perbaikilah amalan ku & ampunkan akan diriku.. - diadaptasi dari doa Nabi kepada Anas bin Malik - #DrZaharuddinAbdRahman

Sunnah yang diabaikan

*SUNNAH YANG DIABAIKAN* *Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud.* *Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. Boleh dikatakan 95% turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi saw tidak turun sujud melainkan Baginda saw telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ini:* عن البراء بن عازب *كانوا يصلون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإذا ركع ركعوا ، و إذا قال : " سمع الله لمن حمده " لم يزالوا قياما حتى يروه قد وضع وجهه ( و في لفظ : جبهته ) في الأرض ، ثم يتبعونه.* *daripada al Barra' bin Azib r.a : Para sahabat bersolat bersama Rasulullah saw, apabila Baginda saw telah ruku', mereka pun ruku'. bila Baginda berkata :* *Samiallahu liman hamidah,* *mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi saw meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya.* [Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ]