Langkau ke kandungan utama

Sunnah yang diabaikan

*SUNNAH YANG DIABAIKAN*

*Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud.*

*Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. Boleh dikatakan 95% turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi saw tidak turun sujud melainkan Baginda saw telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ini:*

عن البراء بن عازب

*كانوا يصلون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإذا ركع ركعوا ، و إذا قال : " سمع الله لمن حمده " لم يزالوا قياما حتى يروه قد وضع وجهه ( و في لفظ : جبهته ) في الأرض ، ثم يتبعونه.*

*daripada al Barra' bin Azib r.a : Para sahabat bersolat bersama Rasulullah saw, apabila Baginda saw telah ruku', mereka pun ruku'. bila Baginda berkata :*
*Samiallahu liman hamidah,*
*mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi saw meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya.*
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ]

*LEPAS BACA TU JANGAN LUPA SEBARKAN KEPADA KAWAN @ GRUP LAIN AGAR LEBIH RAMAI MENDAPAT ILMU, BERPENGETAHUAN.*

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Allahumma inni asaluka al-'afiyah - Doa pendek yang bermanfaat.

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً Allahumma inni asaluka al-'afiyah Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: "Ya Rasulullah, ajarkanlah doa," katanya. Nabi (ﷺ) berkata: "Wahai bapa saudara saya, bacalah : ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة Allahumma inni asaluka al-'afiyah  (Ya Allah, aku meminta kepada kamu 'afiyah). 'Afiyah bermaksud : Untuk menyelamatkan aku daripada sebarang kesusahan yang menimpa. Untuk menjadi sihat,kita berada dalam 'afiyah. Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah. Untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah. Untuk mempunyai anak-anak kita di lindungi,Kita berada dalam 'afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah. Jadi, pada asasnya 'Afiyah bermaksud:  " Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan. " Ini termasuk didunia...

Melupakan Allah? Maka Kamu Akan Dilupakan Oleh Allah Di Akhirat

Melupakan Allah? Maka Kamu Akan Dilupakan Oleh Allah Di Akhirat Jika didunia ini kamu membelakangkan atau tidak mahu beriman dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al Quran, maka di akhirat kelak Allah akan melupakan kamu.(Na'uzubillah) Firman Allah SWT : قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَىٰ. [Surat Ta-Ha 126] Terjemahan : "Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

Doa Nabi kepada Anas Bin Malik

DrZaharuddin Group: Doa untuk diamalkan اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي Doa Nabi Saw utk Anas bin malik ra spt rwyt al Bukhari Mksdnya : Ya Allah ! Per bnykkn ...