MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH DARIPADA KEMUNGKARAN Seorang yang akan menjalankan amar makruf dan nahi mungkar harus melengkapi lima syarat iaitu : (1) Berilmu, sebab orang yang bodoh tidak mengerti makruf dan mungkar. (2) Ikhlas kerana Allah SWT dan kerana menegakkan Agama Allah SWT. (3) Kasih sayang kepada yang dinasihati dengan lunak dan ramah mesra dan tidak menggunakan kekerasan sebab Allah SWT telah berpesan kepada Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS supaya berlaku lunak kepada Firaun. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata kata yang lemah lembut, semoga ia beringat atau takut" [20:44] (4) Sabar dan tenang dalam menyampaikan nasihat. (5) Mesti mengerjakan apa apa yang diperintahkan supaya tidak dicemuh oleh orang lain di atas perbuatannya sendiri sehingga tidak termasuk pada Firman Allah SWT yang bermaksud : "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; p...