Langkau ke kandungan utama

Keutamaan Berlaku Baik Kepada Anak Perempuan

Keutamaan Berlaku Baik Kepada Anak Perempuan


Telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib dari Az Zuhri; Telah menceritakan kepadaku 'Abdullah bin Abu Bakr bahawa 'Urwah bin Az Zubair; Telah mengkhabarkan kepadanya bahawa 'Aisyah isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata;

"Saya pernah dikunjungi oleh seorang wanita yang mempunyai dua orang anak perempuan. Kemudian wanita tersebut meminta makanan kepada saya.

Sayangnya, pada saat itu, saya sedang tidak mempunyai makanan kecuali sebiji kurma yang langsung saya berikan kepadanya.

Kemudian wanita itu menerimanya dengan senang hati dan membagikannya kepada dua orang anak perempuannya tanpa sedikit pun ia makan. Setelah itu, wanita tersebut bersama dua orang anak perempuannya pergi.

Tak lama kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masuk ke dalam rumah. Lalu saya menceritakan kepada beliau tentang wanita dan kedua anak perempuannya itu.

Mendengar cerita saya ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

''Barang siapa diuji dalam pengasuhan anak-anak perempuan, lalu ia dapat mengasuh mereka dengan baik, maka anak perempuannya itu akan menjadi penghalangnya dari api neraka kelak.''

[Hadith Riwayat Imam Muslim(No.4762)]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Allahumma inni asaluka al-'afiyah - Doa pendek yang bermanfaat.

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً Allahumma inni asaluka al-'afiyah Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: "Ya Rasulullah, ajarkanlah doa," katanya. Nabi (ﷺ) berkata: "Wahai bapa saudara saya, bacalah : ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة Allahumma inni asaluka al-'afiyah  (Ya Allah, aku meminta kepada kamu 'afiyah). 'Afiyah bermaksud : Untuk menyelamatkan aku daripada sebarang kesusahan yang menimpa. Untuk menjadi sihat,kita berada dalam 'afiyah. Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah. Untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah. Untuk mempunyai anak-anak kita di lindungi,Kita berada dalam 'afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah. Jadi, pada asasnya 'Afiyah bermaksud:  " Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan. " Ini termasuk didunia

Melupakan Allah? Maka Kamu Akan Dilupakan Oleh Allah Di Akhirat

Melupakan Allah? Maka Kamu Akan Dilupakan Oleh Allah Di Akhirat Jika didunia ini kamu membelakangkan atau tidak mahu beriman dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al Quran, maka di akhirat kelak Allah akan melupakan kamu.(Na'uzubillah) Firman Allah SWT : قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَىٰ. [Surat Ta-Ha 126] Terjemahan : "Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

Tazkirah Ringkas

KEMBALILAH KEPADA ALLAH DENGAN TAUBAT DAN BERSERAH DIRI SEPENUHNYA Firman Allah SWT : وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ [Surat Az-Zumar 54] ‎Terjemahan : "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." NASIHATILAH DIRI DAN ORANG LAIN DENGAN APA YANG MAMPU MEMBERI KESAN KEPADA HATI Firman Allah SWT : وَعِظْهُمْ وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا [Surat An-Nisa' 63] ‎Terjemahan : "dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka." PERLIHARALAH DIRI DAN AHLI KELUARGA DARIPADA AZAB API NERAKA ALLAH Firman Allah SWT : وَاتَّقُوا يَوْمًا لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ [Surat Al-Baqara