Langkau ke kandungan utama

MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH DARIPADA KEMUNGKARAN

MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH DARIPADA KEMUNGKARAN

Seorang yang akan menjalankan amar makruf dan nahi mungkar harus melengkapi lima syarat iaitu :

(1) Berilmu, sebab orang yang bodoh tidak mengerti makruf dan mungkar.

(2) Ikhlas kerana Allah SWT dan kerana menegakkan Agama Allah SWT.

(3) Kasih sayang kepada yang dinasihati dengan lunak dan ramah mesra dan tidak menggunakan kekerasan sebab Allah SWT telah berpesan kepada Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS supaya berlaku lunak kepada Firaun.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata kata yang lemah lembut, semoga ia beringat atau takut" [20:44]

(4) Sabar dan tenang dalam menyampaikan nasihat.

(5) Mesti mengerjakan apa apa yang diperintahkan supaya tidak dicemuh oleh orang lain di atas perbuatannya sendiri sehingga tidak termasuk pada Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" [2:44]

[Tanbih Al Ghafilin - Abu Al Layth Al Samarqandi]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Allahumma inni asaluka al-'afiyah - Doa pendek yang bermanfaat.

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً Allahumma inni asaluka al-'afiyah Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: "Ya Rasulullah, ajarkanlah doa," katanya. Nabi (ﷺ) berkata: "Wahai bapa saudara saya, bacalah : ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة Allahumma inni asaluka al-'afiyah  (Ya Allah, aku meminta kepada kamu 'afiyah). 'Afiyah bermaksud : Untuk menyelamatkan aku daripada sebarang kesusahan yang menimpa. Untuk menjadi sihat,kita berada dalam 'afiyah. Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah. Untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah. Untuk mempunyai anak-anak kita di lindungi,Kita berada dalam 'afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah. Jadi, pada asasnya 'Afiyah bermaksud:  " Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan. " Ini termasuk didunia...

Doa Nabi kepada Anas Bin Malik

DrZaharuddin Group: Doa untuk diamalkan اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي Doa Nabi Saw utk Anas bin malik ra spt rwyt al Bukhari Mksdnya : Ya Allah ! Per bnykkn ...

Nasihat Baca Alquran

💦```Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan.``` 💦```Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.``` 💦```Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.``` 💦```Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.``` 💦```Sebelum menutup mata, usahakan hafal dan amal surah al-Mulk, al-Kahfi, dan al-Baqarah.``` 💦```Ada hadis nabi saw yang menyebut tentang keutamaan surah-surah ini.``` 💦```Dengan surah al-Mulk, kita selamat dari azab kubur. Hanya ada 30 ayat. Jika kita hafal sehari satu ayat, sebulan habis satu surah al-Mulk.``` 💦```Surah al-Kahfi menyelamatkan kita dari fitnah dajal. Dan memberi cahaya dari hujung kaki sehingga ke langit di Padang Mahsyar kelak. Hanya ada 110 ayat. Lebih kurang 4 bulan, selesai hafal.``` 💦```Surah al-Baqarah penyelamat kita ke...